Indah Kata
- Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
- Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
- Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
- Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan
Petua Imam Syafi'e
Petua Imam Syafi'e....
Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR...
1. TIDUR PARA NABI ----> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH---> Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA-----> Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN----> Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Bukti Cinta Allah Yang Tiada Tandingan
" Wahai anak Adam , sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu , nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam , seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta keampunan kepadaKu , Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli . Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun , maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut "
Kasih Ibu dan Ayah
Seorang ibu tunggal yang baru sahaja beberapa hari kehilangan suaminya yang amat dia cintai kerana kemalangan yang amat menyayat hati dan ...... kemalangan itu berlaku di hadapan mata seorang insan ini yang bergelar isteri . Si isteri meraung dan berlari ke arah suaminya apabila melihat suaminya berlumuran darah akibat dilanggar sebuah lori , si isteri teresak esak menangis melihat keadaan suaminya . Akibat terlampau sebak dan tak mampu untuk menahan perasaan sedihnya maka si isteri pun rebah pengsan . Orang sekeliling dengan segeranya menghulurkan bantuan dengan mengalihkan badan mangsa dan menelefon ambulans .
Seorang jiran kepada mangsa bergegas ke sekolah anak gadis pasangan ini yang berumur 14 tahun , dia meminta kepada pekerja pejabat sekolah untuk memanggil anak kepada pasangan tersebut . Setelah anak itu tiba di hadapan pejabat sekolah , jiran dia memberitahu kejadian yang telah menimpa ayah dan ibunya '' Adik , mak kamu pengsan tengok ayah kamu kena langgar '' . Anak itu bergegas berlari naik ke kelas untuk mengambil beg sekolahnya . Dia langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling , dengan segera dia meminta agar jirannya itu membawanya ke hospital di mana ibu dan ayah dia ditempatkan .
Setelah tiba di hospital , dibawa anak itu berjumpa dengan ibunya yang terlantar di katil hospital . Dia hairan , lalu bertanya '' Pak Cik , mak saya je ? ayah saya mana ?! '' . Lalu jirannya membawa dia keluar dari bilik ibunya itu lalu berkata '' Adik , ayah kamu dah tak ada ''.
Terduduk anak itu mendengar bahawa ayah nya telah pun tiada , ibunya trauma dan entah bila akan sembuh dan pulih kembali seperti biasa . Anak gadis itu menangis penuh kekesalan , kerana sebelum dia pergi sekolah pada hari itu , dia telah merungut dan memarahi ayahnya kerana ayahnya memberikannya duit sekolah yang sedikit . Dia menangis kerana tidak sempat untuk meminta maaf kepada ayahnya , ayahnya yang selama ni telah banyak bersabar , bekerja keras untuk memenuhi segala keperluan dan kemahuan anak kesayangannya .
Setelah beberapa bulan , ibunya telah pulih kembali seperti biasa , tetapi masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya telah pun tiada . Oleh kerana ketiadaan ketua dalam keluarga , ibu ini terpaksa memikul segala tanggungjawab suaminya , bekerja keras mencari duit untuk makan minum , duit belanja sekolah anaknya , duit untuk keperluan tertentu dan semestinya untuk memenuhi segala keperluan dan kemahuan anaknya .
Pada satu ketika , ibu ini telah menyediakan kemudahan internet kepada anaknya kerana anaknya selalu merungut tentang apa yang dia tak ada dan apa yang kawan dia ada . Dan mula dari saat itu , anaknya itu mula menjinakkan diri dalam dunia Facebook , Twitter dan sebagainya dan pada ketika itulah . Anak itu menjadi seorang anak yang berani ingkar arahan ibunya , malah berani menengking dan memarahi ibunya .
Anaknya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali di Facebook . Hanya pernah melihat melalui gambar dan berborak di Facebook . Lama kelamaan , anak gadis itu mulai suka akan lelaki itu . Lelaki itu telah berjaya mempengaruhi jiwanya , lelaki itu meminta untuk berjumpa dengan anak gadis ini . Anak gadis itu memberikan alamat rumahnya kepada lelaki itu , beberapa hari kemudian lelaki itu datang kerumahnya dan menjemput anak gadis ini . Ibu anak gadis ini melihat lalu bertanya kepada anaknya '' Kakak , kamu nak kemana ? siapa lelaki tu ? '' . Anak gadis itu menjawab '' Nak keluar lah mak ! sukahati sayalah nak keluar dengan siapa . Mak ni sibuk lah ! '' lalu dia menolak dada ibunya . Setelah anak gadis itu pergi , ibunya menitiskan air mata melihat perangai anaknya yang selama ini di jaga dengan penuh kasih sayang .
Anak gadis itu telah dibawa oleh lelaki itu ke suatu tempat yang sangat sunyi , dia bertanya kepada lelaki tersebut '' kenapa awak bawa saya datang tempat macam ni , sunyi sunyi saya takut lah '' . Lelaki itu menjawab '' kenapa awak nak takut , saya kan ada '' tanpa berlengah lelaki itu terus membawanya ke sebuah rumah kosong . . . .
Lalu memperkosanya . Anak gadis itu terkulai dan tidak sedarkan diri . Bangun sahaja anak gadis itu dari mimpi ngerinya , dia melihat badannya sudah tidak ditutupi sehelai benang pun . Pakaiannya , semua telah dibuang oleh lelaki itu . Kejamnya lelaki itu meninggalkan dia tanpa sehelai kain pun . Dia terpaksa menggunakan kain langsir buruk yang ada dirumah kosong itu . Malam itu dia pulang ke rumah , Dengan badan yang hanya berbalutkan kain langsir , ibunya yang ketika itu sedang menjenguk keluar tingkap barangkali menunggu anaknya itu pulang .
Alangkah terkejut ibunya melihat anaknya sudah sebegitu rupa . '' Ya Allah , apa dah jadi dengan kamu ni , kenapa jadi macam ni , siapa yang buat , mana semua baju kamu ?! '' . Anak gadis itu menangis lalu berlari memeluk ibunya dengan erat dan ibunya mengusap usap rambut anaknya . '' Kenapa ni sayang ? siapa yang buat kamu macam ni ? janganlah menangis , ibu kan ada ni ! , cerita lah semua dekat ibu ''
* Bukan mudah seorang ibu yang telah lama menjaga dan mendidik kita nak membuang dan mensia-siakan kita begitu sahaja . Ibu seorang insan yang sentiasa menyayangi kita . Hargailah ibu dan ayah yang sentiasa menyayangi kita . Bayangkan kalau kita ditempat orang orang yang tidak bernasib baik tak ada ibu atau ayah mahupun kedua duanya sekali .

Nasihat Imam Ghazali
Suatu hari , Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya , Soalan pertama ~
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua , guru , teman dan kerabatnya .
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah " MATI ". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya ada yang menjawab negara China , bulan , matahari dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita , apapun kenderaan kita , tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali . Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita , jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja , besi dan gajah.
Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat . Kerana pekerjaan kita tinggalkan solat , kerana hal lain yang tidak berapa penting kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan keenam adalah ,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah " lidah manusia ". Kerana melalui lidah , manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri .
Allahu A'lam.
Renungkan bersama :)
Subscribe to:
Comments (Atom)