Kasih Ibu dan Ayah

          Seorang ibu tunggal yang baru sahaja beberapa hari kehilangan suaminya yang amat dia cintai kerana kemalangan yang amat menyayat hati dan ...... kemalangan itu berlaku di hadapan mata seorang insan ini yang bergelar isteri . Si isteri meraung dan berlari ke arah suaminya apabila melihat suaminya berlumuran darah akibat dilanggar sebuah lori , si isteri teresak esak menangis melihat keadaan suaminya . Akibat terlampau sebak dan tak mampu untuk menahan perasaan sedihnya maka si isteri pun rebah pengsan . Orang sekeliling dengan segeranya menghulurkan bantuan dengan mengalihkan badan mangsa dan menelefon ambulans .


          Seorang jiran kepada mangsa bergegas ke sekolah anak gadis pasangan ini yang berumur 14 tahun , dia meminta kepada pekerja pejabat sekolah untuk memanggil anak kepada pasangan tersebut . Setelah anak itu tiba di hadapan pejabat sekolah , jiran dia memberitahu kejadian yang telah menimpa ayah dan ibunya '' Adik , mak kamu pengsan tengok ayah kamu kena langgar '' . Anak itu bergegas berlari naik ke kelas untuk mengambil beg sekolahnya . Dia langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling , dengan segera dia meminta agar jirannya itu membawanya ke hospital di mana ibu dan ayah dia ditempatkan . 


         Setelah tiba di hospital , dibawa anak itu berjumpa dengan ibunya yang terlantar di katil hospital . Dia hairan , lalu bertanya '' Pak Cik , mak saya je ? ayah saya mana ?! '' .  Lalu jirannya membawa dia keluar dari bilik ibunya itu lalu berkata '' Adik , ayah kamu dah tak ada ''.
 Terduduk anak itu mendengar bahawa ayah nya telah pun tiada , ibunya trauma dan entah bila akan sembuh dan pulih kembali seperti biasa .  Anak gadis itu menangis penuh kekesalan , kerana sebelum dia pergi sekolah pada hari itu , dia telah merungut dan memarahi ayahnya kerana ayahnya memberikannya duit sekolah yang sedikit . Dia menangis kerana tidak sempat untuk meminta maaf kepada ayahnya , ayahnya yang selama ni telah banyak bersabar , bekerja keras untuk memenuhi segala keperluan dan kemahuan anak kesayangannya . 


                 Setelah beberapa bulan , ibunya telah pulih kembali seperti biasa , tetapi masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya telah pun tiada . Oleh kerana ketiadaan ketua dalam keluarga , ibu ini terpaksa memikul segala tanggungjawab suaminya , bekerja keras mencari duit untuk makan minum , duit belanja sekolah anaknya , duit untuk keperluan tertentu dan semestinya untuk memenuhi segala keperluan dan kemahuan anaknya .


             Pada satu ketika , ibu ini telah menyediakan kemudahan internet kepada anaknya kerana anaknya selalu merungut tentang apa yang dia tak ada dan apa yang kawan dia ada . Dan mula dari saat itu , anaknya itu mula menjinakkan diri dalam dunia Facebook  , Twitter dan sebagainya dan pada ketika itulah . Anak itu menjadi seorang anak yang berani ingkar arahan ibunya , malah berani menengking dan memarahi ibunya . 


         Anaknya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali di Facebook . Hanya pernah melihat melalui gambar dan berborak di Facebook . Lama kelamaan , anak gadis itu mulai suka akan lelaki itu . Lelaki itu telah berjaya mempengaruhi jiwanya , lelaki itu meminta untuk berjumpa dengan anak gadis ini . Anak gadis itu memberikan alamat rumahnya kepada lelaki itu , beberapa hari kemudian lelaki itu datang kerumahnya dan menjemput anak gadis ini . Ibu anak gadis ini melihat lalu bertanya kepada anaknya '' Kakak , kamu nak kemana ? siapa lelaki tu ? '' . Anak gadis itu menjawab '' Nak keluar lah mak ! sukahati sayalah nak keluar dengan siapa . Mak ni sibuk lah ! '' lalu dia menolak dada ibunya . Setelah anak gadis itu pergi , ibunya menitiskan air mata melihat perangai anaknya yang selama ini di jaga dengan penuh kasih sayang . 
  
            Anak gadis itu telah dibawa oleh lelaki itu ke suatu tempat yang sangat sunyi , dia bertanya kepada lelaki tersebut  '' kenapa awak bawa saya datang tempat macam ni , sunyi sunyi saya takut lah  '' . Lelaki itu menjawab '' kenapa awak nak takut , saya kan ada '' tanpa berlengah lelaki itu terus membawanya ke sebuah rumah kosong .  . . . 














             








            Lalu memperkosanya . Anak gadis itu terkulai dan tidak sedarkan diri . Bangun sahaja anak gadis itu dari mimpi ngerinya , dia melihat badannya sudah tidak ditutupi sehelai benang pun . Pakaiannya , semua telah dibuang oleh lelaki itu . Kejamnya lelaki itu meninggalkan dia tanpa sehelai kain pun . Dia terpaksa menggunakan kain langsir buruk yang ada dirumah kosong itu . Malam itu dia pulang ke rumah  , Dengan badan yang hanya berbalutkan kain langsir , ibunya yang ketika itu sedang menjenguk keluar tingkap barangkali menunggu anaknya itu pulang . 


            Alangkah terkejut ibunya melihat anaknya sudah sebegitu rupa . '' Ya Allah , apa dah jadi dengan kamu ni , kenapa jadi macam ni , siapa yang buat , mana semua baju kamu  ?! '' . Anak gadis itu menangis lalu berlari memeluk ibunya dengan erat dan ibunya mengusap usap rambut anaknya . '' Kenapa ni sayang ? siapa yang buat kamu macam ni ? janganlah menangis , ibu kan ada ni ! , cerita lah semua dekat ibu  '' 








* Bukan mudah seorang ibu yang telah lama menjaga dan mendidik kita nak membuang dan mensia-siakan kita begitu sahaja . Ibu seorang insan yang sentiasa menyayangi kita . Hargailah ibu dan ayah yang sentiasa menyayangi kita . Bayangkan kalau kita ditempat orang orang yang tidak bernasib baik tak ada ibu atau ayah mahupun kedua duanya sekali .

2 comments: